……… GAGAL
MELIHAT AURA?
Sebab utama kenapa kebanyakan manusia gagal untuk melihat
aura adalah kerana bagaimana mereka menangani cara melihat aura. Aura manusia bukan satu cara latihan yang bagus bagi seseorang
yang baru mencuba melihat aura.Ini adalah perkara yang selalu berlaku: Pelatih anda duduk di atas kursi dan menunggu dalam
jangka masa yang cukup lama sementara anda melihat aura mereka secara sepintas lalu. Tetapi aura mereka tidak kelihatan. Anda
coba untuk menenangkan diri dan cuba memahami cara melihat aura dalam jangka masa yang sama. Anda tiba-tiba berfikir bagaimana
sekiranya mereka berfikir yang bukan-bukan tentang diri anda. Adakah mereka merasa bosan atau tidak sabar? Adakah mereka berfikir
yang anda seorang yang bodoh atau seorang yang gagal atau kedua-duanya sekali? Tekanan ini yang disebabkan oleh keadaan sebegini
menghalang tenaga yang tersimpan. Keadaan mental yang tenang perlu bagi melihat aura. Coba bagi mendapatkan hasil dalam keadaan
yang tertekan sebagai seorang yang mula-mula mencoba melihat aura adalah hampir kepada mustahil .
CARA NYA……
Untuk melihat Aura sebenarnya tidaklah begitu sukar. Berikut
ini bagaimana caranya anda mampu melihat cahaya itu Mintalah rekan anda berdiri dengan jarak lebih kurang 50 cm di hadapan
satu dinding atau latarbelakang yang berwarna putih. Mintalah rekan anda bertenang dan bernafas dalam - dalam. Supaya dapat
melihat aura dengan baik , sekurang-kurang nya anda harus mengambil jarak kira-kira tiga metar dan cahaya tidak boleh terlalu
terang atau ter fokus langsung ke rakan anda.Cahaya alam merupakan cahaya yang paling baik.Cara terbaik melihat aura melihat
di sekitar kawasan kepala dan bahu. .........anda akan melihat selubung putih kabur atau perak abu-abu mengelilingi tubuh
itu . Kelihatanya hampir- hampir seperti ada lampu yang menerangi di sebalik rakan anda, yang diarah kan keatas. Kemudian mungkin sekali cahaya itu akan hilang. Ini merupakan fenomena biasa yang akan
berlaku apabila seseorang yang kali pertama melihat selubung ini.....AURA.............. tadi akan muncul kembali. Anda harus
berlatih mata anda untuk tidak kembali ke fokus biasa. Inilah bahagian yang paling sulit untuk di pelajari.
Catatan : Warna aura pada dasarnya adalah seperti berikut;
biru = aura kuning, merah = aura hijau, hijau = aura oren, kuning = aura biru pucat, oren = aura hijau pucat, ungu = aura
emas pucat, indigo = aura emas, merah jambu = aura hijau muda. Warna aura tersebut akan berubah-ubah bergantung kepada pengamatan
cahaya tersebut.
WARNA AURA DAN PERSONALITI
Adalah satu tugas yang besar untuk kita mempraktikkan bagaimana
untuk mentafsirkan warna-warna aura. Tiap-tiap warna tersebut mempunyai perwatakan tersendiri, tetapi perubahan warna aura
akan mengubah perwatakan tersebut. Kedudukan warna, keamatan warna serta kedudukan warna pada medan aura perlu dipertimbangkan.
Warna Merah adalah warna bagi tenaga.............
Warna Oren adalah satu warna yang melambangkan hangat, kreatif dan emosi................
Warna Kuning adalah satu daripada warna aura yang mula-mula dan paling mudah untuk dilihat.
Warna kuning pucat yang mengelilingi garis rambut menunjukkan optimis. Kuning adalah warna aktiviti mental. Ia mempengaruhi
peluang pembelajaran yang baru, kepintaran, cerdik dan intelek. Warna kuning adalah warna yang mempengaruhi kekuatan idea
dan kebangkitan kebolehan fizik.Semakin dalam dan gelap warna kuning itu akan mempengaruhi sifat yang agak kritikal dan bersifat
dogma.
Warna Hijau adalah satu warna yang melambangkan sensitif dan cita-cita yang tinggi. Ia
mempengaruhi , simpati dan ketenangan. Ia berkaitan dengan individu yang boleh dipercayai, berdikari ,terbuka. Warna hijau
muda menunjukkan kebolehan penyembuhan. Ia adalah warna kekuatan dan persahabatan.Makin gelap warna hijau mempengaruhi, cemburu
dan ketidakpercayaan.
Warna Biru adalah warna yang mudah untuk dilihat dalam banyak-banyak warna aura.
Warna Ungu Violet adalah warna yang mewakili kehangatan. Ia adalah warna yang mempemgaruhi
hati, iaitu gabungan berpikir dan spiritual.Ia mempengaruhi semangat berdikari dan intuisi. Warna keungu-unguan yang semakin
tebal menunjukkan kebolehan untuk menghadapi hubungan dengan secara lansung. Warna yang pucat mempengaruhi kemanusiaan dan
hubungan kerohanian. Warna ungu-kemerah-merahan menunjukkan keinginan dan cita-cita yang tinggi.Semakin keruh warna ungu tersebut
maka ia menunjukkan kekuatan dalam menghadapi sesuatu. Ia juga menunjukkan imaginasi erotik yang tebal. Ia juga mempunyai
kebolehan untuk menarik simpati dan juga seorang yang tidak dapat memahami orang lain. Warna Ungu Violet dalam auranya
seluruhnya warna ini bisa disebut orang ini mepunyai kelebihan dalam keilmuan spiritual maupun keilmuan dunia dan bisa disebut
INDIGO,
INDIGO terbagi dua INDIGO dewasa Dan INDIGO masa depan
Indigo dewasa kelahirannya dibawah tahun 1997 ,Indigo masa depan diatas 1997
Merah jambu adalah warna kasih-sayang dan warna kesucian. Ia mempengaruhi keceriaan
dan semangat setiakawan. Bila melihat dalam aura, ia menunjukkan kesunyiaan, kasih-sayang dan kecantikan. Warna merah jambu
menunjukkan seseorang itu tidak matang,terutama warna merah jambu yang agak keruh. Ia juga menunjukkan seorang yang amat amanah,
juga seorang yang Merah Jambu Aura percintaan merupakan seseorang itu sedang di lamun cinta,merah jambu yang terang menunjukan individu
tersebut mencintai seseorang mempunyai rasa kasih-sayang dan juga seorang yang berwawasan.
Warna Emas adalah warna yang menunjukkan tenaga rohani yang cukup dinamik dan seorang
yang mempunyai satu kekuatan. Warna emas yang keruh menunjukkan seseorang itu dalam proses membangkitkan inspirasi yang tinggi
. Ia juga mempengaruhi proses kimia yang masih lagi aktif, bermakna individu tersebut masih coba berusaha hidupnya kepada
kehidupan yang lebih sempurna.
Warna Putih selalu dijumpai dalam warna aura. Putih mempunyai semua warna di dalamnya.
Warna Kelabu adalah warna kemasukan.
Ia menunjukkan kebolehan yang terpendam. Warna kelabu yang hampir kepada warna perak menunjukkan kebangkitan tenaga kewanitaan.
Ia juga tenaga dan kebolehan untuk iluminasi, intuisi dan daya imaginasi yang kreatif.Warna kelabu yang agak keruh menunjukkan
ketidakseimbangan fizik, istimewa aura yang berdekatan pada bagian badan. Ia juga menunjukkan satu pekerjaan yang diberikan yang tidak dapat diselesaikan. Seorang yang mempunyai aura yang berwarna kelabu adalah seorang
yang suka berahasia dan seorang yang suka bersendirian.
Warna Perang selalunya muncul dalam medan aura. Walaupun kebanyakan orang mengatakan perang sebagai hasil daripada ketidak seimbangan atau kurangnya tenaga,
ini adalah tidak benar. Perang adalah warna bumi. Bila ia muncul pada kawasan atas kepala, ia akan mempengaruhi pembesaran
yang baru.Aura perang yang melintasi muka atau kepala menunjukkan keinginan untuk diskriminasi. Jika ia muncul di sekitar
kawasan cakra, ia menunjukkan bahawa bahagian tesebut perlu dibersihkan. Warna perang susah untuk ditafsirkan, kerana ia senang
mempegaruhi kawasan masaalah dalam berpikir
Warna Hitam adalah satu warna yang amat mengelirukan dalam spektrum aura. Ada sesetengah pihak mengatakan bahawa jika aura hitam hadir dalam diri seseorang, ia menunjukkan kematian
atau jangkitan penyakit yang berat. Saya mendapatingya adalah tidak benar.Hitam adalah warna pelindungan. Ia adalah satu warna
yang melindungi individu tertentu daripada tenaga luar. Bila melihat aura ini, menunjukkan individu tersebut melindungi dirinya
sendiri. Ia juga menunjukkan yang individu tersebut seorang yang ada sesuatu rahasia. Warna hitam juga menunjukkan pemahaman
mengenai pengorbanan akan terjadi akhirnya.Hitam juga menunjukkan ketidakseimbangan. Ketidakseimbangan fizikl ditentukan oleh
hitamnya aura. Seorang yang mempunyai aura hitam adalah yang lazimnya seorang kecanduan obat terlarang, kecanduan alkohol,
penghisap rokok dan sebagainya.
Warna Perak berkilauan Ia selalunya amat berkelip-kelip dan berwarna perak. Ia menunjukkan
seorang yang terlalu kreatif . Jika hadirnya aura berwarna sebegini, ia sebagai penunjuk yang menandakan individu tersebut
, individu tersebut seorang yang terlalu kreatif .
Aura penyakit Penyakit : Kesan penyakit itu akan dapat dilihat
menerusi aura seseorang yang sakit tersebut. Kesan pada aura akan dapat dilihat dalam beberapa cara.
Aura menjelang kematian Kematian : Bila mana seseorang itu
akan menghadapi saat-saat kematian, auranya akan berubah dengan agak drastik. Pertama sekali auranya akan luntur warnanya
dan kemudian seminggu atau sebelum kematiannya auranya akan berkembang dan bertukar menjadi
warna biru langit pucat bersama dengan percikan perak...........
.